ARTIKEL

Motosikal ditunggang mangsa terbabit kemalangan dengan pikap.

Penunggang, pembonceng motosikal maut di tempat kejadian kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU-DARO: Dua lelaki maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta pikap di kilometer 20, Jalan Saai-Semop Daro, di sini semalam.

Ketua Polis Matu-Daro Deputi Superintendan Neil Beginda berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.55 malam apabila kedua-dua mangsa berusia 47 dan 42 tahun dalam perjalanan dari arah Daro ke Semop.

Katanya, kemalangan berlaku apabila mangsa gagal mengawal kenderaan lalu memasuki laluan kereta pikap dipandu lelaki berumur 36 tahun.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Daro.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan serta kaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Neil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah