ARTIKEL

Penunjuk perasaan Hong Kong memprotes di lapangan terbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan Hong Kong termasuk kru penerbangan berhimpun di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Pada Jumaat, pengunjung disambut dengan laungan slogan antikerajaan mereka yang memegang sepanduk dan menyebarkan risalah protes.

Penganjur menyifatkan perhimpunan itu sebagai peluang memberi gambaran keadaan sebenar di Hong Kong ketika ini.

Perhimpunan terbaharu itu bertujuan memberi tekanan kepada pemimpin pro-Beijing selepas tujuh minggu demonstrasi besar-besaran secara aman diikuti pertempuran ganas diadakan.

Ia merupakan cabaran yang belum pernah berlaku kepada pihak berkuasa Beijing sejak penyerahan 1997.

Protes itu diadakan selepas kerajaan didakwa gagal memenuhi tuntutan mereka ketika jutaan peserta protes membantah rang undang-undang ekstradisi ke China.

Sementara itu, di China protes digambarkan sebagai plot ganas dan dibiayai oleh pihak asing untuk menjejaskan kestabilan tanah air.

Dalam pada itu, sekumpulan penunjuk perasaan yang kreatif menggunakan televisyen memaparkan video versi pengumuman keselamatan penerbangan yang menonjolkan tuntutan serta amaran terhadap protes di bandar itu.

“Sila pakai topeng dan baju berwarna hitam ketika menyertai perhimpunan,” menurut video yang menerangkan warna yang digunakan secara meluas oleh protes antikerajaan.

Sementara itu, kru penerbangan, Meryl Yeung, 29, yang baru sahaja menamatkan penerbangan turut menyertai protes itu.

“Penting untuk datang ke lapangan terbang dan memberitahu orang asing situasi yang berlaku di Hong Kong,” katanya kepada AFP.

Tambah Meryl, ia bertujuan memastikan khususnya warga di China menyedari tujuan protes terbabit.

– AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau