ARTIKEL

Penunjuk perasaan prodemokrasi Hong Kong dihadap ke mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HONG KONG: Puluhan pemrotes pro-demokrasi Hong Kong muncul di mahkamah pada Rabu selepas dituduh merusuh dalam krisis berminggu-minggu yang menggegarkan hab kewangan global itu.

Pengumuman pada Selasa malam bahawa 44 orang didakwa dengan rusuhan satu kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun segera mencetuskan satu lagi babak pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan.

Pada Rabu, penyokong sanggup berdiri berjam-jam di luar mahkamah, tanpa menghiraukan angin kencang dan hujan, terus menyuarakan kemarahan mereka ketika tertuduh perusuh menghadapi pertuduhan.

“Lepaskan orang yang benar… tidak ada perusuh, hanya kezaliman… menuntut semula Hong Kong, revolusi zaman kita,” laung mereka.

Empat daripada mereka yang dituduh muncul di hadapan seorang hakim pada pagi Rabu, kemudian prosiding ditangguhkan, menurut wartawan AFP di mahkamah.

Bandar raya selatan China itu mengalami pergolakan lebih tujuh minggu bermula dengan usaha kerajaan memperkenalkan undang-undang yang membolehkan ekstradisi ke tanah besar China.

Protes itu berkembang menjadi pergerakan untuk pembaharuan demokratik yang lebih besar dan menamatkan tindakan menghakis kebebasan, sekali gus menjadi cabaran paling signifikan untuk pemerintahan Beijing sejak penyerahan Hong Kong dari Britain pada 1997.

Dalam konfrontasi terbaru, polis menggunakan semburan lada dan belantan terhadap ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di luar balai polis.

Rakaman langsung televisyen menunjukkan seorang pegawai mengacu muncung senapang patah kepada penunjuk perasaan yang membaling objek kepadanya.

Sepanjang dua hujung minggu lalu tahap keganasan dilihat semakin meningkat. Polis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Manakala sekumpulan samseng pro-kerajaan juga menyerang penunjuk perasaan, menyebabkan 45 orang dimasukan ke hospital.

BERITA LAIN

SIA ambil pendekatan lebih berhati-hati

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mengambil keputusan menghentikan khidmat menyediakan makanan apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih berhatihati selepas insiden penerbangan

Unit antikeganasan Indonesia tingkat kewaspadaan

JAKARTA: Unit antikeganasan polis elit Indonesia (Densus 88), mengesahkan semula komitmennya untuk memantau dengan teliti aktiviti pengganas di negara itu berikutan serangan terbaharu di sebuah

Empat korban runtuhan bumbung restoran

PALMA: Runtuhan bumbung sebuah restoran di pulau pelancongan terkenal Mallorca di Sepanyol pada Khamis mengorbangkan empat jiwa, manakala 21 yang lain cedera, menurut penyelamat tempatan.

BERITA TERBARU