KUCHING: Penutupan dan lencongan jalan akan dibuat di susur Jalan Tun Abang Hj Openg menghala ke Jalan McDougall dan Jalan McDougall menghala ke Padang Merdeka bermula jam 10 pagi, 27 Ogos ini sehingga 5 petang, 8 September nanti.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata berkata penutupan jalan itu dibuat untuk proses persiapan tempat dan pemasangan khemah di pentas utama bagi majlis perhimpunan dan perarakan Maulidul Rasul Peringkat Sarawak pada 6 September nanti.


Justeru, beliau memohon kerjasama orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.



