ARTIKEL

Abdul Karim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MTMD Peringkat Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Jawatankuasa 1, Aras 3, DUN Sarawak.

Penyalahgunaan ketum catat 99 tangkapan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 9,583 tangkapan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) membabitkan Bahan Psikoaktif Baharu (NPS) dan bahan terlarang dalam bentuk cecair serta peranti rokok elektronik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tangkapan itu melibatkan 478 kes pengedaran, 1,934 kes pemilikan dan 7,171 kes pengguna.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak itu turut mendedahkan bahawa rekod tersebut adalah bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Ogos 2026.

“Penyalahgunaan ketum juga membimbangkan dengan 99 kes tangkapan direkodkan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Justeru, kita sarankan agensi berkaitan memperkukuh perkongsian risikan, operasi bersepadu, pemantauan jualan dalam talian dan premis, kawalan kurier serta keupayaan makmal bagi membanteras bekalan dan juga permintaan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Jawatankuasa 1, Aras 3, Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim mendedahkan pertambahan penjawatan AADK Sarawak yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 19 Disember 2025 melibatkan lapan daerah dengan 28 perjawatan bagi setiap daerah serta 12 perjawatan di Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (PSPD) Puncak Borneo.

“Terima kasih kepada JPA dan Kerajaan Pusat kerana memberi kelulusan kepada penjawatan-penjawatan baharu itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi MTMD Peringkat Negeri Sarawak itu menekankan tekad Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) dan e-TEKAD.

“Program ini perlu diperluas serta diperkukuh di semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi bagi mewujudkan tempat kerja yang selamat, sihat, berintegriti dan bebas daripada dadah dan bahan terlarang.

“Susulan itu, mesyuarat juga sebulat suara mempersetujui cadangan untuk memperkasa ekosistem TEKAD bagi sektor awam pada tahun 2027,” katanya ringkas.

Pada masa sama, beliau turut menekankan pemerkasaan belia menerusi kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, AADK, PEMADAM dan badan-badan lain bersama-sama belia termasuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha