ARTIKEL

Penyampai radio, pelakon, pengacara Sharifah Elya Nabila

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“Tidak akan ada peluang kedua,” kata penyampai radio Era Sarawak Sharifah Elya Nabila Wan Saadie kepada Suara Sarawak apabila ditanya tentang sumber inspirasinya untuk terus mendalami bidang penyiaran radio. 

Meskipun tiada pengetahuan asas dalam bidang tersebut, namun Elya tampil berani mengorak langkah berbekalkan semangat dan jiwa yang kental.

Sharifah Elya Nabila terkenal sebagai pelakon, pengacara dan pempengaruh di Sarawak dengan keletahnya yang sentiasa ceria dan lawak.

Berperwatakan berani dan lincah, Elya tidak segan meluahkan perasaannya di hadapan kamera dan mendapat hampir 100,000 tontonan di segmen #ElyaTanya Era Sarawak. 

Bagaimanapun, personaliti ini jarang mendedahkan kehidupan peribadinya di media sosial menyebabkan ramai yang mungkin tidak tahu lebih mendalam tentang kehidupan peribadinya. 

Sekali pandang, Elya dilihat seiras pelakon terkenal Malaysia iaitu Nabila Huda membuatkan peminat tertarik mengikuti kisah dan perkembangannya di media sosial.

Malaysia iaitu Nabila Huda membuatkan peminat tertarik mengikuti kisah dan perkembangannya di media sosial.

Bercerita latar belakang pendidikan, Elya merupakan pemegang Diploma Seni Persembahan (Seni/ Lakon) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana Shah Alam, Selangor. 

KERJAYA PENUH CABARAN

Berbeza latar belakang pendidikan dengan kerjayanya kini, Elya sejujurnya mengakui dia tidak pernah terfikir mencebur diri dalam bidang penyiaran radio kerana tiada asas dan latar belakang dalam bidang tersebut. 

“Penyiaran radio, tugas kita memberi maklumat dan pada masa yang sama menghiburkan pendengar. 

Jadi, saya rasa memang tidak mampu dan tiada bakat pada ketika itu. 

“Bagaimanapun, apabila belajar dan mendalami bidang tersebut, barulah dapat dilakuakn degan lebih baik,” katanya kepada pemberita. 

Tidak selalu bernasib baik, menurut Elya dia perlu melakukan sehabis baik dalam bidang penyiaran radio sebagai penyampai radio di Era Sarawak dan kerjaya tersebut kekal sehingga ke hari ini. 

“Cabarannya banyak dan tidak, yang penting hati kena kuat untuk harungi pelbagai cabaran tersebut.

“Tiada kerja yang mudah di dunia, semuanya mempunyai cabaran terpulang kepada diri untuk teruskan atau tidak,” katanya yang mengakui dunia kerjaya penuh cabaran. 

KERJA KERANA MINAT

Elya turut memberi nasihat kepada anak-anak muda di luar sana agar meneruskan apa-apa kerjaya dalam bidang yang diminati. 

“Buatlah sesuatu kerja dengan seikhlas hati.

Sekiranya rasa terpaksa, keluar dari lingkungan kerja tersebut, cari sesuatu yang anda rasa lebih sesuai dengan minat. 

“Jangan lakukan sesuatu separuh jalan dan jangan buat sambil lewa kerana peluang dan kepercayaan itu tidak datang selalu,” ujarnya. 

Menyentuh perkembangan terkini Elya, dia kini aktif berlakon dalam pementasan teater arahan pengarah tempatan dan aktiviti pengacaraan.

“Kalau nak tahu teater tersebut, boleh ikuti perkembangan terkini aktiviti Elya di media sosial,” katanya.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU