ARTIKEL

Instagram jessiej

PENYANYI BRITISH JESSIE J DEDAH DIAGNOSIS KANSER PAYUDARA PERINGKAT AWAL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Penyanyi British Jessie J mendedahkan bahawa beliau didiagnosis menghidap kanser payudara peringkat awal dan merancang untuk menjalani pembedahan selepas membuat persembahan di acara Summertime Ball bulan ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penyanyi Price Tag berusia 37 tahun itu berkata dalam satu video di Instagram bahawa beliau banyak menghabiskan masa menjalani pelbagai ujian kebelakangan ini.

“Saya disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal,” katanya.

“Kanser memang menyakitkan dalam apa-apa jua bentuk, tetapi saya berpegang pada perkataan ‘peringkat awal’.

“Ini cara yang agak dramatik untuk buat pembedahan payudara. Saya akan menyepi seketika selepas Summertime Ball untuk jalani pembedahan, dan saya akan kembali dengan payudara besar dan muzik baharu.”

Jessie, atau nama penuhnya Jessica Cornish, berkata beliau memilih untuk berkongsi diagnosis itu secara terbuka bagi membantunya menerima kenyataan tersebut dan sebagai tanda solidariti dengan individu lain yang menghadapi situasi sama.

“Saya hanya mahu bersikap terbuka dan berkongsi,” katanya.

“Pertama, secara egoisnya, saya rasa saya tidak bercakap mengenainya secukupnya. Saya belum memprosesnya kerana terlalu sibuk bekerja.

“Saya juga tahu bahawa perkongsian seperti ini sebelum ini banyak membantu saya – dari segi sokongan, kasih sayang, dan kisah-kisah orang lain. Saya ibarat buku terbuka.

“Sungguh menyedihkan bahawa ramai orang lain juga sedang melalui situasi yang serupa atau lebih teruk – itu yang paling menyakitkan.”

Beliau menambah: “Masa berlakunya agak gila tetapi juga membawa keindahan serta memberi saya perspektif luar biasa dalam tempoh ini.

“Tapi sejujurnya, saya perlu memproses perkara ini, perlu bercakap tentangnya, dan saya perlukan pelukan. Anda semua telah menyayangi saya dalam saat baik dan sukar. Saya tidak mahu yang ini jadi pengecualian.”

Jessie menyambut kelahiran anak lelakinya, Sky Safir Cornish Colman, pada 2023 selepas mengalami keguguran pada November 2021.

Sepanjang hidupnya, beliau turut berdepan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit jantung sejak berusia lapan tahun, mengalami strok kecil pada usia 18, dan kehilangan pendengaran buat sementara waktu pada 2020.

Jessie dijadual membuat persembahan di acara Summertime Ball anjuran Capital di Stadium Wembley pada Ahad, 15 Jun.- BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU