ARTIKEL

PENYATU PENULIS PELBAGAI ETNIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»PENULIS di negeri ini dituntut memainkan peranan sebagai penyatu kepada semua etnik di Bumi Kenyalang dalam usaha membentuk peradaban yang harmonis.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Hazami Jahari berkata, penulisan bukan sekadar usaha merakam peristiwa sematamata, tetapi perlu mempunyai inti pati pemikiran yang tinggi serta nilai akal budi ke atas sesuatu peristiwa yang berlaku.

“Sarawak merupakan negeri yang terdiri daripada pelbagai etnik, fahaman, bahasa dan budaya.

“Penulis benar-benar dituntut memainkan peranan sebagai penyatu kepada semua etnik di Bumi Kenyalang dalam usaha membentuk peradaban harmonis yang sentiasa bersatu dalam kepelbagaian etnik.

“Melalui penghasilan karya yang bermutu serta dekat dengan masyarakatnya, maka terbentuklah langkah positif merapatkan jurang dalam kalangan penduduk berbilang kaum di seluruh negeri sama ada dalam konteks fi zikal atau intelektual,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Tinta Kenyalang 2023 di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak pada Jumaat.

Sementara itu, berucap pada majlis sama, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai berkata DBP terus komited memartabatkan penggunaan bahasa sukuan di negeri ini melalui pelbagai pendekatan.

“Pihak kami turut memberi penekanan kepada pengumpulan dan pendokumentasian kearifan tempatan di Sarawak. “Pelbagai aktiviti pengembangan, penyelidikan dan penerbitan dilaksanakan sehingga kini.

Antaranya seperti membina, mengumpulkan serta mendokumentasikan bahasa sukuan Sarawak dalam bentuk daftar kata dan kamus bahasa sukuan Sarawak.

“Pada tahun ini, DBP berjaya menerbitkan Kamus Melayu Sarawak yang dilancarkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 25 Oktober lalu dan Daftar Kata Narum yang dilancarkan pada 30 September di Marudi,” ujarnya.

Dalam pada itu, memperkenalkan budaya tempatan menerusi penulisan mencetus inspirasi buat penulis, Benedict Samling untuk terus menulis. 

MENANG TIGA ANUGERAH

Untuk pengetahuan, Benedict merupakan penerima tiga anugerah menerusi Hadiah Sastera Tunas Sarawak (HSTS) kategori sajak (Andai Aku Bukan Ranting) cerpen (Rattus Tiomanicus) dan Sayembara Penulisan Cerpen Kearifan Tempatan (Pakan) pada Majlis Anugerah Tinta Kenyalang 2023. 

“Cerpen saya (Pakan) lebih banyak menceritakan tentang kearifan tempatan iaitu dari segi perubatan tradisional dengan penggunaan herba dalam kehidupan harian. 

“Menerusi karya cerpen bertajuk Rattus Tiomanicus, ia menceritakan kaedah penanaman padi dengan kaedah tradisional tidak menggunakan racun seperti kini,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Penulis anak Bidayuh ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Kimia, tetapi sangat meminati bidang penulisan sastera. 

“Menerusi penulisan sastera, saya mampu menterjemah istilah sains supaya lebih mudah untuk difahami. 

“Sastera bukan sesuatu karya yang susah, tidak seperti yang orang fi kirkan kerana perlu menggunakan bahasa yang tinggi iaitu bahasa tersurat dan tersirat.

“Ini kerana, banyak ideologi, ilmu dan falsafah tetapi menjadi mudah dengan menggunakan konteks yang lebih mudah.

Jadi, kepada orang ramai jangan takut membaca karya sastera,” jelasnya. 

Menurut Benedict, cabaran utama dalam penulisan ialah memilih perkataan yang mudah dan santai berbanding istilah sains.

Katanya membaca karya penulis Sarawak, Jong Chian Lai mencetus minat untuk berkarya. 

Di samping itu, bagi menarik minat golongan muda dalam aktiviti membaca, Benedict yang juga Penolong Pegawai Sains, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencadangkan untuk pergiat lebih banyak kempen membaca.

Pada masa yang sama, Benedict akui aktiviti membaca kini semakin berkurangan kerana perlu bersaing dengan buku digital. Tambahnya, membaca buku fi zikal mempunyai kepuasan tersendiri.

Pada Majlis Anugerah Tinta Kenyalang, DBP menyampaikan sebanyak 38 hadiah dan pengiktirafan kepada penulis yang merangkumi hadiah Anugerah Citra majalah Sekolah Negeri Sarawak, Sayembara Penulisan Cerpen Kearifan Tempatan, Sayembara Penulisan Sajak, Hadiah Sastera Tunas Sarawak dan Hadiah Sastera Penulis Sarawak.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU