ARTIKEL

Penyelia berhasrat mohon pinjaman tapi lesap RM53,000 wang sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki berusia 40-an di sini yang berniat memohon pinjaman wang sebanyak RM30,000 sebaliknya berakhir dengan kerugian besar selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan seorang penyelia sebuah syarikat swasta di sini telah membuat laporan berhubung kejadian itu, semalam.

“Segalanya bermula apabila mangsa terjumpa sebuah iklan di Facebook yang menawarkan pinjaman peribadi, kemudian mangsa berminat untuk memohon.

“Menurut mangsa, dia kemudian berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp.

“Kononnya bagi mendapat kelulusan pinjaman, mangsa telah membuat transaksi pindahan wang sebanyak 12 kali berjumlah RM53,000 ke akaun pihak ketiga yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila tidak menerima wang jumlah pinjaman yang dipohon, namun suspek masih meminta mangsa untuk membuat pembayaran lagi.

Ekoran itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun beserta sebatan dan juga denda.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha