ARTIKEL

Penyerahan BKK untuk pelajar Sarawak bermula Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MALIM: Penyerahan Bantuan Kewangan Khas (BKK) kepada pelajar Sarawak akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Julai ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata sebanyak 41,000 permohonan telah diterima bagi fasa pertama BKK, yang kini ditutup, manakala fasa kedua akan dibuka pada September.

“Kelulusan permohonan dijangka diketahui sepenuhnya menjelang penghujung Jun,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Mengulas kaedah penyaluran bantuan, beliau menjelaskan bahawa bantuan berjumlah RM1,200 akan disalurkan menerusi Sarawak Pay (S Pay Global).

“Namun, penerima boleh memindahkannya ke aplikasi DuitNow bagi memudahkan urusan pembelian.

“Kita maklum tidak semua vendor menerima bayaran melalui S Pay Global, jadi pemindahan ke DuitNow dibenarkan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha