ARTIKEL

Speaker Parlimen Turkiye Numan Kurtulmus menghadiri pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Kremlin di Moscow, Rusia 25 September 2024. REUTERS/Maxim Shemetov/Pool | BERNAMA

Penyertaan Turkiye dalam BRICS beri manfaat kepada seluruh dunia – Speaker Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW, Rusia: Kemungkinan keahlian Turkiye dalam BRICS bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Ankara tetapi juga kepada seluruh dunia, kata Speaker Parlimen Turkiye, Numan Kurtulmus, dalam satu temu bual dengan Timbalan Ketua Pengarah Pertama Agensi Berita Rusia (TASS), Mikhail Gusman.

“Kehadiran Turkiye di BRICS akan memberikan sumbangan yang besar kepada perjuangan keamanan global. Ini kerana Turkiye adalah negara yang menyertai banyak format kerjasama antarabangsa,” katanya.

Turkiye adalah ahli Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Laut Hitam, Pertubuhan Kerjasama Islam, Pertubuhan Negara-Negara Turkik, Perkongsian Euro-Mediterranean, NATO dan calon kepada Kesatuan Eropah, kata politikus itu.

“Ia juga negara yang ingin membangunkan instrumen alternatif baharu dalam dasar luar,” tekan Kurtulmus.

“Ini akan memperkayakan Turkiye dari segi instrumen dasar luar dan kami berharap penyertaan Turkiye dalam organisasi sedemikian akan menggalakkan pengukuhan perdamaian global dalam keadaan sistem global multipolar,” katanya.

“Turkiye yang mempunyai kedudukan geostrategik, menjadi jambatan antara Timur dan Barat, mempunyai masa lalu budaya dan prospek untuk masa depan, telah memasuki proses transformasi menjadi pemain utama serantau dan bahkan menjadi aktor yang memainkan peranan yang efisien dalam sistem global.

“Kami menganggap BRICS sebagai satu daripada persatuan penting sistem global multipolar masa depan, kerana itulah, penyertaan Turkiye ke dalam BRICS tidak akan mengekang negara berkenaan tetapi sebaliknya, ia akan memperluas kemampuan dasar luar politiknya,” tambah speaker itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU