ARTIKEL

RICHARD Wee dan jawatankuasanya pada sidang media di Kuching, semalam.

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San Si Seng Ong pada 31 Mac ini. 

Dengan tawaran hadiah lumayan yang sehingga RM1,000, ia tidak terhad kepada mereka yang memiliki kamera sahaja malah ia juga terbuka kepada individu mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar.

Menurut Presidennya Datuk Richard Wee Inn, perarakan tersebut merupakan acara tahunan dan tahun ini akan lebih meriah kerana ia merupakan tahun Naga.

Pertandingan itu katanya, dimasukkan dalam dua kategori iaitu profesional dan amatur. Kategori amatur terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengambil gambar menggunakan telefon pintar.

“Selain mengambil gambar sepanjang perarakan dan aktiviti yang berkaitan dengannya, tahun ini, kita bekerjasama dengan Kuching Filming and Publication Association untuk menganjurkan pertandingan videografi bagi peserta yang berminat mengambil video dan membuat video pendek.

“Tahun ini juga diharapkan dapat melibatkan lebih ramai warga dari pelbagai etnik seperti Iban, India, dan lain-lain untuk menjadikan acara tersebut lebih meriah,” katanya pada sidang media di pejabat HKA di sini, semalam.

Beliau juga berharap untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mempamerkan gambar-gambar pemenang pertandingan tersebut. 

“Kita juga berterima kasih kepada media yang telah memberi sokongan, termasuk Sinchew Daily yang akan menyediakan liputan dron untuk perarakan tersebut kelak,” katanya.

Persediaan untuk perarakan bermula pada 27 Mac dengan persiapan pasukan naga sebelum acara utama pada 31 Mac. 

“Laluan itu akan menjadi laluan biasa pada tahun lepas yang melibatkan kawasan pusat bandar seperti Jalan Ban Hock, Jalan Padungan, Bazar Utama, jalan Gambier dan jalan Carpenter di sini.

“Bagaimanapun, jalan perarakan akan diumumkan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan polis,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang akan diadakan mulai 27 Mac ialah upacara menjolok mata tarian singa dan naga, acara amal pengagihan hidangan vegetarian, acara amal pengagihan 500 pek beras putih 10 kg oleh Persatuan Wushu Lien Heng dan Sambutan Hari Jadi Besar serta Majlis Penyembahan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan