ARTIKEL

SAR… Operasi SAR mangsa ditangguhkan jam 6 petang tadi.

Perahu dipukul ombak, seorang masih hilang Batang Rajang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas perahu kayu yang dinaiki bersama empat rakannya terbalik dan karam di Sungai Batang Rajang berhampiran Wharf JBALB, di sini malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Rumah Bunsi, Kampung Atas Kubu menuju ke kawasan parkir kapal tongkang berhampiran Pasar Night Street Kapit.

“Perahu yang dinaiki lima individu itu dipercayai dipukul ombak kuat sebelum terbalik dan tenggelam di tengah sungai. 

“Empat daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lelaki dikenali sebagai Brando Jawi Mamba, 25, gagal dikesan selepas kejadian,” katanya.

Menurut Jurucakap itu, pasukan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.59 petang tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.

Pasukan penyelamat katanya, tiba di lokasi pada jam 4.04 petang dan segera mengadakan taklimat operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penyelamat lain sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan.

“Operasi pencarian dijalankan dalam radius kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air serta peralatan pengait bagi mengesan mangsa di sepanjang sungai.

“Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui selepas beberapa jam pencarian dilakukan.

“Operasi SAR hari pertama kemudian ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok hari dengan bantuan anggota bomba serta agensi penyelamat lain,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau