ARTIKEL

Pang merakam gambar bersama wakil perkumpulan wanita yang menghadiri Sesi Dialog Wanita anjuran Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu pada Khamis malam.

Peranan Wanita Penting Dalam Pembangunan Komuniti – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti dan negara. Justeru, penyertaan aktif golongan itu dalam pelbagai sektor perlu terus digalakkan dan diberi sokongan berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata golongan wanita bukan sahaja menjadi tonggak kepada institusi keluarga malah turut berperanan besar dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan masyarakat setempat.

“Dengan adanya kerjasama antara pelbagai perkumpulan wanita, saya yakin kita dapat melahirkan masyarakat yang lebih bersatu, progresif dan sejahtera. Wanita bukan sekadar penyumbang tetapi pemacu penting dalam pembangunan Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Sesi Dialog Wanita anjuran Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu pada Khamis malam.

Sesi dialog tersebut turut memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi pandangan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara perkumpulan wanita dalam usaha memperkasa peranan mereka di peringkat komuniti.

Johnny Pang turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat atas usaha murni menganjurkan program seumpama itu yang dilihat mampu memperkukuh perpaduan dan kefahaman antara pelbagai lapisan masyarakat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha