ARTIKEL

Perancis terlibat pemulihan infrastruktur Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERANCIS akan melibatkan diri dalam pemulihan beberapa infrastruktur di Syria, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Presiden Syria Ahmed al-Sharaa.

Pengumuman itu dibuat sebelum pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron. Pemimpin Perancis itu telah berulang kali menyatakan sokongan kepada pihak berkuasa Syria yang baharu dan menyatakan hasrat Paris untuk menyumbang kepada pembinaan semula negara itu.

“Perancis akan mengambil bahagian dalam pembinaan semula infrastruktur dalam sektor seperti pelancongan, pertanian dan industri,” kata al-Sharaa dalam temu bual dengan penyiar Perancis BFMTV pada hari Isnin.

Syria dan Perancis juga akan memuktamadkan beberapa perjanjian, katanya, sambil menambah bahawa Damsyik akan menandatangani kontrak untuk pembelian lapan pesawat Airbus.

Macron tiba di Damsyik pada petang Isnin, menandakan lawatan pertama presiden Perancis ke Syria sejak 2008.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

BERITA LAIN

BERITA TERBARU