ARTIKEL

Gambar hiasan

Perancis Umum Larangan Telefon Bimbit Di Sekolah Menengah Mulai September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Menteri Pendidikan Perancis Edouard Geffray pada Rabu mengumumkan bahawa telefon bimbit akan dilarang di sekolah menengah bermula 1 Sept ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Geffray berkata kepada penyiar Franceinfo bahawa undang-undang yang melarang penggunaan telefon bimbit itu akan diwartakan pada musim panas ini sebelum dikuatkuasakan mulai September.

“…Saya juga akan menghantar beberapa garis panduan kepada pengetua sekolah dalam masa terdekat supaya mereka dapat melaksanakannya. Saya menganggap perkara ini amat penting bagi pelajar kita,” katanya.

Perancis juga sedang mempertimbangkan larangan penggunaan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15 tahun, namun Geffray berkata langkah itu masih menunggu kelulusan.

“Kami sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Eropah berhubung satu lagi cadangan, iaitu larangan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15 tahun,” jelas beliau.

Semakin banyak negara Eropah, termasuk Perancis, mula mengambil langkah awal atau menyatakan sokongan terhadap larangan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak di bawah had umur tertentu.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU