ARTIKEL

Perangi ancaman siber melalui tenaga pakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARCELONA: CyberSecurity Malaysia (CSM) semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L, firma keselamatan siber terkemuka yang pakar dalam menguruskan ancaman merentas surface web, deep web dan dark web, untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.

MoU itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif CTM360 Mirza Asrar Baig dengan disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Mobile World Congress (MWC) 2024 di Fira Gran Via di sini pada Isnin.

Kerjasama itu bertujuan mewujudkan kerangka kerjasama dalam keselamatan siber, mengukuhkan perkongsian strategik yang memberi tumpuan kepada kolaborasi jangka panjang, terutamanya dalam menggalakkan kerjasama awam – swasta.

Ia juga menggariskan komitmen bersama dalam memerangi musuh siber yang semakin berkembang dengan memanfaatkan kepakaran, sumber dan keupayaan inovatif kedua-dua organisasi.

MoU itu menetapkan objektif utama termasuk pertukaran maklumat keselamatan siber, menggalakkan kerjasama dua hala, perkongsian pengetahuan melalui penglibatan pakar, latihan bersama, seminar dan melaksanakan langkah yang saling menguntungkan.

Mengenai kerjasama itu, Amiruddin berkata ia mencerminkan keazaman bersama kedua-dua pihak untuk mengatasi landskap risiko dalam talian yang sentiasa berubah, menyatukan kepakaran untuk memperkukuh pertahanan siber Malaysia.
“CTM360 memainkan peranan penting kerana mereka pakar dalam mengurus dan bertindak balas terhadap risiko pada surface, deep dan dark web.

“Pengalaman mereka akan berguna dalam mengenal pasti dan mengurangkan kemungkinan ancaman terhadap ekosistem digital Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas majlis penandatangan itu.

Menurut perjanjian berkenaan, lima bidang utama kerjasama bertujuan mengurangkan ancaman siber termasuk menubuhkan platform bersama untuk menawarkan kepakaran, membangunkan model kematangan berasaskan risiko selaras dengan keselamatan siber negara, melaksanakan program pembangunan kapasiti, memudah cara pertukaran maklumat keselamatan siber dan mengadakan projek bersama bagi memajukan keselamatan siber negara.

Terdahulu, Fahmi melancarkan Pavilion Malaysia pada MWC 2024, perhimpunan tahunan terbesar dalam industri telekomunikasi yang dianjurkan Groupe Speciale Mobile Association (GSMA).

Kongres empat hari itu bermula Isnin dan dijangka mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan