ARTIKEL

FATIMAH ABDULLAH. GAMBAR FILE SUARA SARAWAK

Perangi dadah secara menyeluruh – Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rampasan 55 kilogram (kg) dadah disyaki syabu bernilai RM2.75 juta di Miri baru-baru ini bukan sahaja melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran, malah berjaya memutuskan bekalan yang dipercayai mampu digunakan oleh kira-kira 275,000 penagih.

Pengerusi Jawatankuasa Sehenti Menangani Isu Dadah dan Penyalahgunaan Bahan (OSC MIDS) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan itu merupakan pencapaian besar hasil tindakan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Kontinjen Sarawak, dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah.

“Tahniah dan syabas kepada PDRM Sarawak atas kejayaan melaksanakan serbuan yang membawa kepada rampasan tersebut, sekali gus memberi sumbangan signifikan dalam usaha memutuskan rantaian bekalan dadah kepada penagih,” katanya.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu, Sarawak mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu dadah dan penyalahgunaan bahan melalui kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa serta rakan strategik.

Katanya, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memainkan peranan penting dalam aspek penguatkuasaan bagi memutuskan rantaian bekalan dadah di setiap peringkat.

“Pada masa sama, OSC MIDS melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Jabatan Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi penekanan terhadap usaha pencegahan, pendidikan dan advokasi bagi mengurangkan permintaan terhadap dadah,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu turut diperkukuh melalui pelaksanaan program rawatan, pemulihan dan reintegrasi bagi membantu individu yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah kembali menjalani kehidupan sebagai anggota masyarakat yang produktif.

Fatimah menegaskan, isu dadah tidak boleh dilihat semata-mata sebagai isu jenayah, sebaliknya merupakan isu sosial dan kesihatan awam yang memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak.

Menurut beliau, hanya melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan, ibu bapa dan komuniti, usaha melindungi generasi muda daripada ancaman dadah dapat diperkasakan, sekali gus membina Sarawak yang lebih selamat, sejahtera dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Semalam, kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kaedah penghantaran tanpa bersemuka berjaya dipatahkan susulan penahanan seorang lelaki tempatan dan rampasan 55 kilogram (kg) dadah disyaki methamphetamine bernilai RM2.75 juta menerusi dua serbuan di bandar Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada 8 Julai lalu bermula dengan serbuan di sebuah rumah di Jalan Cahaya Miri Bypass.

Menurutnya, serbuan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dan rampasan awal sebanyak 30 kg dadah disyaki methamphetamine dan hasil soal siasat, suspek kemudian membawa pasukan polis ke sebuah lagi rumah di Jalan Acacia, di sini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha