ARTIKEL

Kundai Dugi (dua kanan) sekeluarga turut menyertai perarakan Pra-Krismas.

Perarakan Pra-Hari Krismas Zon Tiga Samarindah diadakan dari rumah ke rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Lebih kurang 60 penganut agama Kristian, termasuk anak-anak ahli Gereja St Bernadette Samarindah, memeriahkan perarakan Pra-Hari Krismas Zon Tiga Samarindah semalam.

Menurut seorang peserta, Kundai Dugi, acara tersebut telah diadakan pada sebelah malam bermula jam 8 malam.

“Program ini telah mendapat sambutan dan sokongan penuh daripada ketua zon masing-masing daripada penganut Gereja Katolik sekitar Samarahan.

“Daripada pemerhatian saya, sambutan ini sangat menggalakkan, dan saya bersyukur kerana ia dapat diadakan dengan jayanya,” ujar Kundai.

Kata Kundai, sebaik sahaja sembahyang selesai di kediamannya, perarakan diteruskan dari rumah ke rumah yang lain.

Antara program sempena Perarakan Pra-Krismas berkenaan.

“Perarakan ini dijalankan dari rumah ke rumah dan ianya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh penganjur,” kata Kundai.

Ujarnya, perarakan sempena Hari Krismas telah bermula dari 1 Disember lepas dan dijangka berakhir sebelum sambutan Krismas.

Kemeriahan sambutan Pra-Krismas 2024 ini, jelas Kundai, turut diselitkan dengan persembahan koir kerohanian.

“Saya berharap sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang tiba nanti akan memberi keberkatan kepada semua dan berharap perpaduan antara kaum sentiasa erat serta kukuh,” kata Kundai.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah