ARTIKEL

Haidar berucap pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2024 BDA di Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam, Ulu Sebauh, pada hari ini.

Perayaan Gawai Dayak wadah kukuhkan perpaduan dan toleransi masyarakat pelbagai kaum di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Rumah Terbuka Gawai Dayak merupakan platform untuk mengukuhkan perpaduan dan toleransi masyarakat pelbagai kaum di negeri ini, khususnya Bintulu.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Haidar Khan Asghar Khan, berkata perayaan Gawai Dayak bukan sahaja satu perayaan, sebaliknya medium untuk mengukuhkan hubungan komuniti, terutamanya kaum Dayak dengan kaum-kaum lain.

Menurutnya, sambutan Gawai Dayak bukan sahaja diraikan sebagai hari kesyukuran bagi masyarakat Dayak, malah ia menjadi medium terbaik untuk mengeratkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Haidar (lima kiri) menyampaikan cenderahati kepada Nanta (tiga kanan).

“Pada hari ini, kita bukan sahaja mengenang warisan nenek moyang kita, tetapi juga memperbaharui semangat perpaduan dan kebersamaan yang telah sekian lama menjadi teras kehidupan masyarakat kita di Sarawak ini”katanya.

“Saya berharap agar rumah terbuka Gawai Dayak ini akan terus menjadi platform untuk kita mempereratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan ‘segulai sejalai’ dalam kalangan kita di Bintulu ini.

“Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kesejahteraan kepada kita semua,” katanya semasa berucap pada Rumah Terbuka Gawai Dayak 2024 BDA di Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam, Ulu Sebauh, di sini, hari ini.

Haidar juga berharap agar perpaduan dan suasana harmoni yang dinikmati rakyat pelbagai kaum di Sarawak akan terus kekal teguh dengan acuannya yang tersendiri.

Kehadiran Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2024 BDA itu.

Hadir sama, Pengurus Besar BDA, Datuk Muhamad Yakup Kari.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha