ARTIKEL

Perbaharui lesen motosikal melalui MyEG mulai 9 Okt ini – JPJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal mereka secara dalam talian melalui sistem MyEG mulai 9 Okt ini, demikian menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kenyataan JPJ hari ini menyebut bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Okt ini.

Bagaimanapun, pembaharuan secara dalam talian itu tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

“Pelaksanaan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal,” menurut kenyataan itu.

Ketika ini, perkhidmatan secara dalam talian melalui sistem myEG ialah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja, kata JPJ.

Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa perkhidmatan JPJ terganggu disebabkan penutupan kaunter akibat pandemik COVID-19 yang berleluasa.

“Justeru melalui inisiatif ini, perkhidmatan JPJ akan menjadi lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” katanya.

 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha