ARTIKEL

Julaihi (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Telekomunikasi Kementerian Utiliti dan Komunikasi di sebuah hotel di sini.

Perbelanjaan modal ditingkatkan kepada lebih RM2 bilion bagi projek menara telekomunikasi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek menara telekomunikasi yang telah siap dipasang di negeri ini menyaksikan peningkatan daripada 4,217 menara pada penghujung tahun lalu kepada 4,447 menara.

Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, sebanyak 512 menara daripada 600 menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) dan 764 menara daripada 878 menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap dari segi fizikal.

“Antara menara SMART yang telah siap, 305 telah menyediakan perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN).

“Daripada jumlah ini, 211 juga menyediakan 4G mobiliti melalui teknologi MOCN, manakala 40 lagi dijadual menyusulinya secara berkelompok bagi sambutan Gawai Dayak yang akan datang,” beliau memberitahu dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi menara JENDELA yang telah siap, Julaihi berkata, 313 menawarkan perkhidmatan 4G yang turut dilengkapi dengan teknologi MOCN.

Jelasnya, MOCN merupakan seni bina rangkaian yang membolehkan berbagai pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk berkongsi infrastruktur yang sama (Rangkaian Akses Radio) sambil mengekalkan perkhidmatan berasingan bagi syarikat telekomunikasi masing-masing.

“Teknologi MOCN memberi manfaat kepada pengguna akhir dengan menyediakan liputan yang lebih baik, ketersambungan yang lancar, peningkatan persaingan, kecekapan kos dan penempatan infrastruktur rangkaian yang lebih pantas.

“Oleh itu, pelanggan boleh menikmati akses kepada perkhidmatan mudah alih daripada semua pengendali utama, seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL Communications dan TM Tech di kawasan yang diliputi,” ujarnya.

Beliau berkata, pencapaian luar biasa ini telah dijayakan melalui usaha sama Kerajaan Sarawak melalui program intervensinya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga telah meningkatkan peruntukan daripada RM1.89 bilion kepada lebih RM2 bilion bagi perbelanjaan modal.

Katanya, selain itu, Kerajaan Persekutuan dan rangkaian mudah alih pengendali secara kolektif akan melabur RM207 juta untuk menyokong perbelanjaan operasi bagi menara ini untuk tiga tahun akan datang.

“Usaha ini menunjukkan dedikasi Kerajaan Sarawak untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat Sarawak, tidak kira sama ada mereka tinggal di bandar atau kawasan luar bandar.

“Dan memastikan setiap wilayah Sarawak mengalami kelebihan perhubungan yang dipertingkatkan dan komunikasi yang mudah, terutamanya yang membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” ujarnya.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu