ARTIKEL

Perbelanjaan pelancong antarabangsa turun 69.8 peratus disebabkan COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan sebanyak 69.8 peratus daripada RM41.69 bilion pada 2019 kepada RM12.58 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lepas ekoran pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan berkata berdasarkan statistik kementerian itu, kerugian lebih RM13 bilion turut direkodkan bagi perbelanjaan pelancong domestik untuk tempoh yang sama.

“Jumlah kerugian itu termasuklah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan, pemotongan gaji serta pembatalan tempahan produk pelancongan seperti hotel dan pakej pelancongan,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Yakubah Khan dan soalan-soalan berkaitan bantuan khusus kepada pengusaha industri pelancongan yang terjejas berikutan wabak COVID-19.

Bagi membantu industri ini untuk bangkit semula, Jeffrey berkata kerajaan telah menyediakan insentif dan bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej PRIHATIN PKS Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Di bawah PRIHATIN, pemandu pelancong yang berlesen dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) menerima bantuan one-off sebanyak RM600. Sehingga 25 Ogos 2020, lebih 7,000 orang pemandu pelancong telah menerima bantuan tersebut dengan jumlah keseluruhan melebihi RM4 juta,” katanya.

 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.