ARTIKEL

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi | Kredit: MEDIA TPM

Perbezaan pendirian BN-PH tidak jejas pentadbiran kerajaan – Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti komponen tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran Kerajaan Perpaduan, menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan hubungan kerja BN dan Pakatan Harapan (PH) kekal baik, dengan urusan kementerian dan mesyuarat Jemaah Menteri berjalan secara profesional setiap minggu.

Sepanjang lebih empat tahun kerajaan ini berfungsi, katanya, tiada perbezaan pendapat atau perbalahan yang timbul dalam pelaksanaan urusan pentadbiran.

Penjelasan itu disampaikan kepada wartawan Malaysia ketika diminta mengulas sama ada isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti, pada sidang sempena lawatan kerja empat hari ke Turkiye yang berakhir semalam seperti dilapor Bernama.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, beliau menyifatkan kematangan politik negara hampir mencapai tahap optimum dan yakin perbezaan pendekatan, seperti dalam PRN Johor, Negeri Sembilan serta kempen PRN Melaka, tidak menggugat kestabilan politik.

BERITA LAIN

Politik bukan untuk individu bergerak bersendirian

KUCHING: Golongan belia yang berminat menceburi bidang politik perlu mempunyai semangat berpasukan, sikap rendah diri serta kesediaan berkhidmat kepada masyarakat, bukan bergerak mengikut kepentingan sendiri.

BERITA TERBARU

Pembangunan tidak tinggalkan pedalaman

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyalurkan RM600,000 untuk menaik taraf infrastruktur asas dan memperkasa kemahiran teknikal belia Kampung Murni A menerusi

Lelaki 25 tahun maut terjatuh dari balkoni hotel

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah di tingkat bawah sebuah hotel di Bayan Lepas semalam, dipercayai akibat terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat