ARTIKEL

Politik bukan untuk individu bergerak bersendirian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan belia yang berminat menceburi bidang politik perlu mempunyai semangat berpasukan, sikap rendah diri serta kesediaan berkhidmat kepada masyarakat, bukan bergerak mengikut kepentingan sendiri.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, seseorang yang mahu menjadi ahli politik perlu memahami bahawa tanggungjawab itu memerlukan kerjasama ramai pihak dan tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian.

“Politik terbuka kepada semua orang, tetapi bukan semua orang sesuai menjadi ahli politik.

Sekiranya seseorang mahu bergerak bersendirian, mereka tidak akan mampu bertahan, terutama dalam parti seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena Majlis Apresiasi Belia Satok 2026 di Dewan Seni Kampung Bandarsah, di sini malam tadi.

Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berkata, seseorang yang diberikan amanah sebagai wakil rakyat perlu menganggap masyarakat dan rakan seperjuangan sebagai sebahagian daripada pasukan yang sama-sama melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, kerjasama dalam pasukan penting bagi memastikan segala perancangan dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, selain membolehkan setiap individu memainkan peranan masing-masing.

Beliau turut mengingatkan golongan belia supaya sentiasa merendah diri walaupun sudah mencapai kejayaan atau memegang jawatan penting.

“Semakin tinggi kedudukan kita, semakin rendah hati kita perlu ketika bersama masyarakat.

Kita perlu menjadi pemain berpasukan dan sentiasa merendah diri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata golongan belia perlu mempunyai impian dan matlamat hidup yang jelas bagi membina masa depan serta meningkatkan kualiti kehidupan diri dan keluarga.

Menurutnya, setiap individu mempunyai keinginan untuk mencapai kehidupan lebih baik, justeru golongan muda perlu menentukan hala tuju masing-masing serta berusaha merealisasikan cita-cita yang ditetapkan.

Beliau turut menegaskan bahawa mereka yang mahu menceburi bidang politik perlu bersedia untuk berkorban, berbakti dan sentiasa bekerja bersama masyarakat.

BERITA LAIN

100 unit rumah SPK dibina di Samariang Batu

KUCHING: Seramai 100 keluarga di Samariang Batu bakal mendapat manfaat menerusi pembinaan rumah mampu milik di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK), sekali gus membuka peluang

BERITA TERBARU

Cangkir Retak penampilan sulung Yusuf Sufali

Yusuf Sufali ialah nama yang agak baharu dalam arena penulisan puisi (sajak dan puisi tradi-sional dan eksperimental) di Sarawak. Namun nama beliau naik dengan agak

Satu kisah, empat pelajaran

BUKU Biografi Sasterawan Negara Abdullah Hussain: Tukang Cerita Bergelar Pujangga menghimpunkan hidup, fikiran dan sumbangan seorang Sasterawan Negara dalam satu naratif yang sangat tersusun. Siapakah