ARTIKEL

Kim Shin menyampaikan sumbangan kerusi roda di Klinik Bandaraya Miri kepada wakil klinik iaitu Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman Packierisamy

Percepat cadangan naik taraf Hospital Miri – Lee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini diharap dapat membantu mempercepatkan cadangan untuk menaik taraf Hospital Miri menjadi hospital wilayah bagi kawasan Utara Sarawak.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, ini juga termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada, selain menambah bilangan doktor pakar dan rawatan kepakaran di hospital tersebut.

“Sekiranya Hospital Miri berjaya dinaik taraf sebagai hospital wilayah, ia akan membolehkan rawatan kepakaran dan sub-kepakaran disediakan di sini bagi memenuhi keperluan pesakit di kawasan Utara Sarawak daripada pergi ke Kuching untuk mendapatkan rawatan.

“Bagi saya, tidak keterlaluan sekiranya kita meminta agar ia dinaik taraf ke hospital wilayah apabila melihat kepada faktor jarak perjalanan yang mengambil masa yang agak lama serta menyusahkan pesakit dari kawasan utara Sarawak yang termasuk Limbang, Lawas, dan Baram untuk dirujuk ke Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda kepada Hospital Miri di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak 10 kerusi roda tambahan bagi kegunaan pesakit di Klinik Kesihatan (KK) Bandaraya Miri.

Katanya, ini kerana klinik berkenaan hanya mempunyai sembilan buah kerusi roda buat masa sekarang dan sudah pastinya ia tidak mencukupi.

“Sumbangan kerusi roda ini daripada Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin, dan secara keseluruhannya adalah sebanyak 70 buah kerusi roda akan diagihkan sebelum akhir tahun ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu