ARTIKEL

Lee Kim Shin mengadakan perbincangan bersama pihak SAINS berhubung masalah dihadapi rakyat semasa mendaftar SKAS.

Percepat daftar lebih 800,000 penerima SKAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) perlu menghantar pasukan untuk melatih pegawai di Pejabat Residen dan Daerah, Jabatan Kebajikan, pemimpin masyarakat dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, latihan itu penting untuk memastikan mereka dapat membantu orang awam yang menghadapi kesukaran mendaftar Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui e-dompet SPay Global.

Katanya, beliau telah mendengar sendiri beberapa cabaran yang dihadapi oleh rakyat terutama mereka yang tergolong dalam golongan B40, warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU) dan penduduk di kawasan pedalaman.

“Antara isu yang diketengahkan adalah kesulitan mengambil gambar bersama kad pengenalan (IC) yang sering ditolak oleh sistem, kesilapan data kelayakan, dan masalah bagi mereka yang tidak memiliki atau tidak tahu menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan Pasukan Pengurusan Kanan Sarawak SAINS di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur semalam.

Sebagai langkah tambahan, beliau juga mencadangkan agar kaunter perkhidmatan hujung minggu yang dikendalikan oleh kakitangan SAINS dengan bantuan agensi lain dan wakil pusat khidmat DUN.

Jelasnya, cadangan itu bertujuan untuk mempercepatkan pendaftaran lebih 800,000 penerima layak di seluruh negeri.

Sementara itu, bagi kawasan Miri, beliau mencadangkan kaunter perkhidmatan hujung minggu dibuka serentak di beberapa lokasi seperti di Permy Mall, Permy Jaya, Dewan Suarah Miri dan Emart Riam.

Katanya, ia adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan proses pendaftaran.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak