ARTIKEL

Percepatkan digitalisasi PKS Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Maxis diiktiraf sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) yang disahkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk Geran Digitalisasi Perniagaan PKS bernilai RM500 juta di bawah Bajet 2020.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus berkata, Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama yang memberikan penyelesaian Pemasaran Digital dan Cloud Point-of-Sales yang disatukan dengan kesaling hubungan untuk PKS, memacu dua daripada lima aspek utama digitalisasi PKS yang telah dikenal pasti oleh kerajaan.

Melalui inisiatif itu, Maxis dapat mempercepat digitalisasi PKS dan untuk membantu pengaktifan semula perniagaan dan mendorong mereka maju dalam era pasca-PKP.

“Ketika Malaysia memasuki Perintah Pemulihan Kawalan Pergerakan (PKPP), kami tahu PKS di seluruh negara ingin memajukan kembali perniagaan mereka.

“Sebagai segmen penting bagi ekonomi Malaysia, kami sangat memahami keperluan segera PKS. Kami bersedia membantu mereka memanfaatkan penyelesaian digital dengan cepat dan mudah.

“Kami juga bangga dipilih sebagai TSP yang disahkan oleh MDEC dan komited untuk membolehkan perniagaan sentiasa maju dengan mengubah cabaran semasa menjadi peluang masa depan,” kata dalam satu kenyataan semalam.

Paul menambah, lebih dua tahun Maxis telah menjadi Penyedia Penyelesaian Perniagaan terkemuka yang membantu PKS Malaysia dalam perjalanan digitalisasi mereka melalui penyelesaian e-Dagang.

“Dalam tempoh PKP dan PKPP, Maxis juga melancarkan Kempen #KitaSapotKita dengan kerjasama pemimpin perniagaan dengan menyediakan lebih 100 tip dan petua untuk menyokong perniagaan mereka.

“Sekarang dalam fasa kedua, kempen ini menyaksikan Maxis menggerakkan Skuad Bantuan PKS yang terdiri daripada 100 orang untuk memberikan jawapan dan nasihat ketika PKS berusaha untuk menghidupkan kembali perniagaan mereka.

Maxis juga telah mengembangkan siri How To’s yang boleh dimuat turun secara percuma di https://business.maxis.com.my/insights

Gambar fail: RAKAM KENANGAN..Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (Tengah) merakam kenangan bersama Maxis Berhad setelah merasmikan menandatangani MOU

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha