ARTIKEL

Perdana Menteri terima RM4.6 juta untuk Tabung COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM4.6  juta untuk Tabung COVID-19 daripada empat syarikat, menjadikan jumlah terkumpul wang tunai tabung itu sebanyak RM19.52 juta setakat ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)  Datuk  Zainal Abidin Ahmad mewakili Perodua menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2 juta kepada perdana menteri.

Sapura Holdings Sdn Bhd yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Tan Sri Shahril Shamsuddin juga menyampaikan sumbangan  RM1 juta.

Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd pula menyumbang sebanyak RM1 juta dan sumbangan syarikat itu disampaikan kepada Muhyiddin oleh Pengarah Eksekutifnya Ng Lee Tieng.

Kwong Wah Yit Poh Press  Berhad yang diwakili Penolong Ketua Editornya Jimmy Ng pula menyumbang sebanyak RM600,000.

Pada majlis sama Muhyiddin turut menerima sumbangan Kumpulan RHB Bank Berhad sebanyak RM1 juta yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu Datuk Khairussaleh Ramli.

Sumbangan wang tunai RHB dikreditkan dalam Tabung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain wang tunai, perdana menteri turut menerima sumbangan dalam bentuk peralatan kesihatan iaitu 20  unit ventilator bernilai RM3.9 juta daripada Mah Sing Group Berhad.

Sumbangan Mah Sing Group disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum.

Replika cek sumbangan wang tunai dan ventilator disampaikan kepada perdana menteri di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Sumbangan yang diterima dari keenam-enam syarikat pada hari ini ialah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.  – Bernama

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah