ARTIKEL

Perempuan 19 tahun antara tiga individu ditangkap terlibat judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang perempuan berusia 19 tahun antara tiga individu ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan Op Dadu semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supritendan Aidil Bolhassan berkata, suspek perempuan itu ditangkap di sebuah kedai kopi di Jalan Matang-Batu Kawa sekitar jam 5.50 petang.

Kata Aidil, satu unit telefon bimbit, wang tunai RM643 serta sekeping kertas bertulis nombor disyaki pengenalan diri (ID) dan kata laluan turut dirampas.

Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki, 51 ditahan dalam serbuan sekitar jam 6.45 petang di sebuah premis kedai di Jalan Batu Kawa dan turut dirampas satu unit telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM250.

Suspek berusia 51 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh JSJ IPD Padawan pada semalam.

“Sementara, serbuan seterusnya sekitar 7.20 malam turut menahan seorang suspek lelaki juga berusia 51 tahun di sebuah premis kedai berasingan di Jalan Batu Kawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil berkata, polis turut merampas seunit telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM200 dalam serbuan tersebut.

“Ketiga-tiga suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mengaku bekerja sebagai penjual judi dalam talian.

“Manakala barang rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil memberitahu kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam serbuan berasingan, polis turut menahan seorang suspek berusia 51 tahun yang bekerja sebagai penjual judi dalam talian.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha