Trending

Pergiatkan aktiviti kemasyarakatan – Karim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ASAJAYA: Pergiatkan aktiviti kemasyarakatan dan prihatinlah kepada golongan asnaf dan mereka yang kurang upaya, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, semalam.

Beliau menyeru kepada usaha itu untuk menjalin hubungan baik sesama manusia.

“Kita memuji usaha yang mulia seperti ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Kalau boleh ia diteruskan dari masa ke masa demi membantu golongan yang kurang berupaya,” ujarnya ketika menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 211 asnaf dari sekitar Daerah Asajaya di Masjid An-Najah.

Turut hadir ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmad.Dalam pada itu, Abdul Karim yang juga Adun Asajaya berkata, majlis penyerahan bantuan itu merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dirancang oleh masyarakat tempatan dan ia bertepatan dengan persediaan umat Islam untuk menyambut perayaan berkembar yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sementara itu pada 22 Mei lalu, seramai 500 penduduk di daerah ini telah mengambil bahagian dalam Program Semarak Ramadan yang berlangsung di lokasi yang sama.

Program dianjurkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid An-Najah 2019/2021, Pejabat Daerah Asajaya, Persatuan Puteri Islam Malaysia Cawangan Sarawak, Persatuan Wanita (An-Nisa) Masjid An-Najah dan semua warga sekolah dari Bahagian Samarahan.

Lebih 60 orang kurang upaya daripada 32 kampung di Daerah Asajaya turut terlibat dalam program berkenaan, yang dianjurkan dengan kerjasama PPD Samarahan.

Turut diadakan khatamal al-Quran dan persembahan qasidah oleh pelajar-pelajar SK Agama Ibnu Khaldun.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru