ARTIKEL

Wisma Putra, Putrajaya.

Pergolakan di Mozambique Tiada rakyat Malaysia terjejas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan, yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo, menurut Kementerian Luar Malaysia, Wisma Putra.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Khamis menyatakan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria, Afrika Selatan, sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia yang kini menetap di Mozambique melalui Konsul Kehormat di negara itu.

“Tiada seorang pun daripada rakyat Malaysia di sana melaporkan terjejas oleh situasi yang sedang berlangsung. Bagaimanapun, Suruhanjaya Tinggi terus memantau keadaan di lapangan dengan teliti,” menurut Wisma Putra.

Menurut laporan media antarabangsa, rusuhan penjara di Maputo pada Rabu menyebabkan 33 orang maut dan 15 cedera, ketika pergolakan awam yang dikaitkan dengan pilihan raya yang dipertikaikan pada Oktober berterusan.

Keputusan pada Isnin oleh mahkamah tertinggi Mozambique yang mengesahkan kemenangan parti pemerintah Frelimo dalam pilihan raya itu telah mencetuskan bantahan baharu di seluruh negara oleh kumpulan pembangkang dan penyokong mereka, yang mendakwa undian itu dimanipulasi.

Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia yang kini berada di Mozambique atau mereka yang memerlukan bantuan, untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Suruhanjaya Tinggi melalui E-Konsular dan sentiasa berhubung dengan misi itu.

Kenyataan itu turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk pergi ke Mozambique supaya menangguhkan rancangan perjalanan mereka pada masa ini.

“Kementerian tetap komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan,” katanya.

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria di alamat No. 1007, Francis Baard Street, Arcadia, Pretoria 0083, melalui telefon: +27 (12) 342 5990 atau e-mel: mwpretoria@kln.gov.my. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke