Perhubungan lebih baik matlamat Sarawak di bawah RMK-12

MIRI: Sarawak akan berusaha secara agresif  bagi  pembinaan jalan raya, jambatan dan kemudahan komunikasi di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (12MP) dalam  memastikan kesalinghubungan yang lebih baik di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, RMK-12 yang akan bermula dari 2021 hingga 2025 akan menjadi tempoh penting bagi Sarawak sebagai kunci kepada transformasi ekonomi yang berjaya adalah hubungan yang lebih baik.

Kita tidak boleh berharap untuk mengubah ekonomi kita jika kita tidak membangunkan infrastruktur jalan dan internet, bekalan air dan bekalan elektrik dan menaik taraf perkhidmatan pelabuhan kita,” katanya pada upcara  perarakan sempena ulang tahun ke-83 Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Stadium Miri pagi ini.

Johari berkata Sarawak mestilah dihubungkan dengan baik oleh jalan raya dan infrastruktur internet mesti disokong oleh perkhidmatan 5G untuk membolehkan kerajaan mengubah ekonomi.

Di samping itu, Johari berkata, Sarawak akan mengubah sektor pertanian dengan menggunakan teknologi terkini dan amalan pintar dengan matlamat utama menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan menjelang 2030.

“Penggunaan Internet Of Things (IoT) untuk membangunkan pertanian adalah cepat berkembang di mana kerja-kerja ladang seperti membuang baja dan air, mengawal suhu dan kelembapan semuanya tepat dari segi masa dan kuantiti untuk mengoptimumkan pengeluaran,” katanya.

Beliau berkata di samping pertanian, Sarawak akan memperkukuhkan pelancongan  dan perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada pelbagai industri seperti penjagaan kesihatan atau kesejahteraan, budaya dan alam semula jadi.

Dalam hal ini kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan meningkatkan kesalinghubungan udaranya,” katanya.

Bagi pertumbuhan ekonomi Sarawak, katanya, bagi tahun 2019, kerajaan negeri mengunjurkan pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga 5 peratus disokong oleh peningkatan prestasi perdagangan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Lebih 4,000 peserta melibatkan lebih 100 kontinjen dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), unit seragam dan pelajar dari sekolah menengah mengambil bahagian dalam perarakan itu. – Bernama