ARTIKEL

JAMBATAN Rajang yang baru dirasmikan pada 27 Mac lalu, lima hari sebelum Aidilfitri.

Perjalanan pulang sarat kenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SABTU lalu, pada 29 Mac dua hari sebelum kita menyambut Aidilfitri saya dan anak-anak memandu pulang ke Matu, penempatan suku Melanau yang bersempadan dengan Daerah Daro.

Dulu, ia popular dengan panggilan Matu Daro. Kami memulakan perjalanan selepas bersahur di restoran 24 jam.

Walaupun saya tiba-tiba bisa ulu hati dan kereta melencong ke KJP Kuching, semangat saya tetap kuat mahu balik kampung bukan sekadar kerana aura Syawal, tetapi saya lebih mengenang ‘syurga’ saya di sana.

Saya ditahan empat jam kerana dimasukkan air dan beberapa ubat termasuk pemeriksaan darah kerana dibimbangi masalah lain.

Jam 9.00 pagi, selepas selesai pemeriksaan dan saya yakin tubuh badan mampu untuk berjalan pulang, kami akhirnya memulakan perjalanan menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo.

Saya hendak panjatkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana manjadikan perjalanan pulang kami anak perantau begitu lancar dan selamat.

Jalanan berkembar empat dua hala tidak memungkinkan kami berdepan masalah trafik terutamanya kini, kadar kemalangan jalan raya di Pan Borneo agak berkurangan.

Tidak usah melihat rekod bertulis, memang sebagai anak Sarawak kami yakin, dengan siapnya Pan Borneo di jajaran Sarawak kadar kemalangan di situ agak berkurangan.

Saya melihat kiri kanan jalan begitu selesa.

Saya teringat kawan bertugas sebagai guru di negeri jiran dan bertemu jodoh di sana.

Dia asyik membandingkan Pan Borneo antara dua negeri.

Katanya, walaupun beranak- pinak di sana, tapi apabila balik ke kampung suami jalannya masih berliku-liku.

Dia selalu berasa bangga sebagai anak Sarawak bahawa kita semakin ke depan dalam beberapa perkara.

Sepanjang perjalanan pagi itu, agak tenang dan kami tiba di Sarikei jam 12.15 tengah hari.

Mengapa masuk Sarikei tidak ke Sibu seperti selalu?

Kerana saya mahu mencuba Jambatan Rajang yang baru dirasmikan pada 27 Mac lalu, lima hari sebelum Aidilfitri. Jambatan ini memendekkan perjalanan ke Matu.

Jika dahulu kami pergi Sibu dulu kemudian melalui Jalan Raya Bawang Assan menuju Tanjung Manis, kemudian ke kawasan ke Daro yang memakan masa dua jam setengah.

Saya teruja tanpa saya sedari, di depannya kelak menuai pengalaman balik kampung yang sedikit pahit.

Kami masuk Sarikei melalui bandarnya kemudian ke kawasan Nyelong sebelum menggunakan Jambatan Rajang. Jambatannya menarik, selesa walaupun kurang lebar pada pandangan mata kasar saya.

Bagi yang kurang tahu, Jambatan Rajang sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memperbaiki jaringan pengangkutan dan memudahkan integrasi ekonomi serta sosial di kawasan luar bandar.

Jambatan sepanjang 1.7 kilometer itu memang memendekkan perjalanan ke Tanjung Manis yang berada di seberang jambatan.

Saya kira perjalanannya dari tanda mula jambatan ke Tanjung Manis sekitar 35 minit.

Sesudah kami melepasi Jambatan Rajang, memasuki Tanjung Manis sata melihat kereta berhenti.

Ingatkan berlaku kemalangan, rupa-rupanya enam kilometer hendak sampai Pangkalan Feri Batang Paloh, kami terkandas dalam kesesakan yang tidak dijangka.

Tiga jam setengah di dalam kereta yang tidak bergerak, bergerak mungkin sejengkal jari.

Saya melihat penumpang di depan keluar, di belakang pun sama.

Masing-masing ingin tahu apa yang berlaku di depan. Perjalanan yang singkat menjadi lebih panjang.

Adik saya juga hari yang sama cuma lewat petang ‘melekat 10 jam’ dari Sibu jam 5.00, sampai rumah 3.00 pagi dan pekerja feri di situ terpaksa bekerja keras memastikan semua kenderaan perlu sampai destinasi tanpa perlu bermalam di seberang sungai.

Dalam keadaan ini, kita jangan cepat melatah seperti sesetengah netizen dalam Facebook yang berang kerana menunggu lama. Tidak usah marah kerana semua pihak tidak mahu sebarang kesilapan dalam kita menerima pembangunan.

Kerana jambatan ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan perjalanan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi.

Melalui sambungan yang lebih baik antara bandar dengan luar bandar, akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang pekerjaan menjadi lebih mudah, yang seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk.

Jambatan juga berfungsi sebagai penghubung utama dalam sektor perniagaan dan perdagangan, membolehkan pergerakan barang dan produk pertanian dari kawasan luar bandar ke bandar dengan lebih cepat dan cekap.

Rakyat Sarawak harus bersabar kerana prasarana ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan negeri ini.

Jambatan seperti Jambatan Rajang, Jambatan Batang Lassa memberikan impak yang besar dalam mempercepat perjalanan, meningkatkan kemudahan, dan menghubungkan bandar serta luar bandar dengan lebih efisien.

Ini bukan sahaja memperbaiki kualiti hidup penduduk tetapi juga memberi sumbangan besar kepada kemajuan ekonomi Sarawak secara keseluruhannya.

Saya harap tahun depan apabila siapnya Jambatan Batang Paloh yang dijangka Mac 2026, perjalananan penduduk balik kampung di kawasan lembah Rajang dan sekitarnya akan lebih menyeronokkan.

Memang perlu untuk kita berasa sakit dahulu sebelum senang kemudian.

Perjalanan saya kali ini ke kampung juga sarat pengalaman. Saya tidak menjadikan peristiwa terkandas dalam perjalanan sebagai kenangan yang tidak perlu diingat sebaliknya ia jadi kenangan sarat kerinduan apabila saya kembali ke bandar.

Semoga tahun depan kita bertemu Aidilfitri lagi.

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.