ARTIKEL

Perkahwinan hibrid satukan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARHAN: Perkahwinan hibrid atau perkahwinan campur di sini merupakan salah satu faktor masyara-
kat majmuk di Sarawak terus bersatu padu.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkahwinan campur menjadikan rakyat Sarawak terus bertoleransi antara satu sama lain.

“Saya salah seorang daripada produk hibrid. Bapa saya Cina, mak saya Melanau.

“Seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kita tidak ada masalah perkauman malah bersikap terbuka,” katanya.

Fatimah berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang di Dataran Terbuka di sini, semalam.

Tambahnya, rakyat Sarawak bersikap terbuka untuk bercakap mengenai kaum di negeri ini.

“Kalau bercakap pasal Melanau, ada darah Melanau. Kalau bercakap Cina, ada darah Cina.

“Jadi kami memahami antara satu sama lain. Kami sangat bertoleransi dan ini sangat penting,” jelasnya
lagi.

Sebelum ini, berucap pada Program Sarawakku Sayang, Abang Johari menjelaskan tiada isu perkauman di Sarawak.

“Kita banyak kahwin campur, Iban kahwin dengan Melayu, Melayu kahwin dengan Cina dan seterusnya, jadi anak campur.

“Kita nak marah Dayak, bapa Dayak, nak marah Melayu, mak Melayu, jadi kita tiada masalah perkauman.

“Bukan pasal kaum, pasal negeri kita mesti jaga dan kita mesti adil kepada semua,” tegas Abang Johari.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha