ARTIKEL

Steven menandatangani dokumen pelantikan Jawatankuasa Sayap Pemuda Wanita Persatuan Klan Wu Bintulu yang baharu.

Perkasa aktiviti kebajikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persatuan Klan Wu Bintulu digesa memainkan peranan lebih proaktif sebagai pemacu kebajikan komuniti serta rakan strategik dalam memperkukuh pelancongan budaya di peringkat tempatan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Steven Kong Kai Seng berkata, sebagai sebuah organisasi berasaskan warisan dan keturunan, persatuan tersebut mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam memelihara tradisi, malah menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi setempat.

Menurutnya, usaha memperkasa aktiviti kebajikan seperti kempen derma darah, bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan, pelajar memerlukan serta warga emas harus dijadikan program berterusan dan tersusun.

“Dalam era mencabar ini, persatuan perlu bergerak seiring dengan keperluan masyarakat. Aktiviti kebajikan tidak seharusnya bersifat bermusim, sebaliknya dilaksanakan secara konsisten agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh.

“Apabila sesebuah persatuan dikenali kerana komitmennya kebajikan dan tanggungjawab sosial, itu sendiri menjadi legasi yang membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pada Majlis Mengangkat Sumpah Jawatankuasa Sayap Pemuda dan Wanita Persatuan Klan Wu Bintulu, malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut menekankan bahawa penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina dan aktiviti kebudayaan oleh persatuan boleh menjadi platform mempromosikan keharmonian masyarakat majmuk serta menyokong agenda pelancongan budaya negara.

“Warisan budaya masyarakat Cina di Bintulu adalah sebahagian daripada mozek kepelbagaian Malaysia. Jika digembleng dengan baik, ia mampu menjadi tarikan pelancongan dan memperkukuh imej Bintulu sebagai destinasi yang kaya dengan budaya,” katanya.

Beliau turut menyampaikan salam dan permohonan maaf daripada Tiong yang tidak dapat hadir berikutan komitmen rasmi lain, selain merakamkan penghargaan kepada kepimpinan baharu persatuan bagi penggal 2026–2027.

Dalam pada itu, Steven turut mengumumkan geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar(MRP) Ahli Parlimen Bintulu sebanyak RM15,000 kepada persatuan berkenaan bagi kegunaan aktiviti tahunan mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka