ARTIKEL

Zakiah ketika berucap sempena penangguhan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dengan tema ‘Mendaulatkan Undang-undang Syariah’ di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Perkasa kefahaman, pelaksanaan undang-undang syariah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pelaksanaan undang-undang syariah perlu disertakan dengan pendekatan mendidik dan memberi kefahaman supaya matlamatnya tercapai dalam membina masyarakat berakhlak serta berasaskan nilai Islam sebenar.

Pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Sharifah Zakiah Tuanku Pauzi berkata, penguatkuasaan undang-undang tersebut juga tidak seharusnya dilihat sebagai alat hukuman, tetapi menjadi platform penting mendekatkan masyarakat kepada nilai Islam.

“Undang-undang syariah mesti memainkan peranan sebagai benteng akidah dan akhlak, bukan sekadar alat hukuman supaya dapat mendidik manusia untuk mengenal batas, menanam rasa takut akan dosa dan membimbing mereka kembali kepada jalan yang benar.

“Selain itu, pelaksanaan syariah yang sebenar membawa roh rahmah, kasih sayang dan keinsafan — bukan kekerasan. Ia mendidik sebelum menghukum, menasihati sebelum menegur dan memberi ruang untuk taubat sebelum menjatuhkan hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena penangguhan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dengan tema Mendaulatkan Undang-undang Syariah di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau memberitahu penguatkuasaan undang-undang berpaksikan syariah harus difahami sebagai tanggungjawab mendidik umat, bukan untuk menakut-nakutkan masyarakat.

Menurutnya, tindakan tegas diambil hanya melibatkan kes yang mengancam ketenteraman awam, manakala bagi kes sosial yang masih boleh dipulihkan atau berkaitan akidah mereka menggunakan pendekatan menasihati dan membimbing.

Mengenai seminar yang dihadiri lebih 170 peserta itu, beliau memberitahu, fokus utamanya adalah berkaitan gejala seksual songsang dan isu lesbian, gay, biseksual, transgender, dan queer (LGBTQ) yang kini menjadi ancaman serius kepada masyarakat di bandar dan luar bandar.

Beliau memaklumkan, mahasiswa Islam hari ini juga perlu memain perana untuk menjadi pelindung nilai agama, pembela kebenaran dan penggerak perubahan yang berasaskan iman serta ilmu.

“Dunia masa kini amat memerlukan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa Islam, berhati luhur dan berpaksikan nilai-nilai syariah seperti yang ditetapkan agama.

“Mahasiswa perlu memahami bahawa ilmu yang dipelajari adalah satu amanah. Bidang yang diceburi sama ada undang-undang, kejuruteraan, perubatan atau kedoktoran merupakan wadah untuk menegakkan keadilan dan menyebarkan rahmat Islam kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha