ARTIKEL

Perkasa Ops Penawar, lagi Askar Wataniah ke Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Aturgerak Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) ke Sibu bagi memperkasa Op Penawar di kawasan tanggungjawab (KTJ) Briged Kesembilan Infantri Malaysia merupakan satu dimensi baharu kepada enam pegawai dan 120 anggota Rejimen 511 AW.

Markas 1 Divisyen dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, Rejimen 511 AW merupakan rejimen pertama yang diaturgerakkan di luar kawasan tanggungjawabnya.

Menurut jurucakapnya, sejak diaturgerak pada bulan Mac 2020, iaitu apabila tercetusnya pandemik Covid-19 di Sarawak, para pegawai dan anggota Rejimen 511 AW telah berganding bahu bersama pasukan sahabat iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan
tanggungjawab 3 Briged seperti di Kuching, Bau, Padawan, Serian dan Sri Aman.

“Ini sekaligus menunjukkan komitmen tinggi Rejimen 511 AW dalam usaha memutuskan rantaian wabak.

“Bagi memastikan moral, semangat dan kebajikan pegawai dan anggota Rejimen 511 AW sentiasa berada pada tahap yang tinggi,” ujar beliau.

Sementara itu, ujarnya lagi, Komander Rejimen 511 AW Brigedier Jeneral Abg Mohamad Abg Marzuki telah mengadakan lawatan kerja ke Sibu pada 17 sehingga 19 Februari lalu.

Beliau telah melawat sekatan jalan raya (SJR) dimana anggota Rejimen 511 AW bertugas selama 24 jam dan telah meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama anggota dan melawat penginapan anggota yang bertempat di Kem RASCOM dan Batalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja, jelas beliau.

Dalam pada masa yang sama, menurutnya lagi, Abg Mohamad juga telah melakukan lawatan rasmi ke Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia bertempat di bandar Sibu dan Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia bertempat di Kem Junaco Park.

LAWATAN…Sekitar gambar lawatan Abg Mohamad ke Sibu yang melawat beberapa lokasi SJR dan Kem RASCOM.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha