ARTIKEL

Jemaah Safar Al Ghazali Travel yang juga ahli SUHA berada di Arab Saudi dalam keadaan selamat dan ibadah mereka berjalan seperti biasa.

Perkembangan jemaah umrah SUHA terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) memaklumkan semua jemaah umrah dari negeri ini berada dalam keadaan selamat susulan situasi semasa di Timur Tengah yang menimbulkan kebimbangan orang ramai.


Timbalan Pengerusinya, Haji Ali Samson bin Haji Baki, berkata SUHA mengambil maklum perkembangan terkini dan memahami kebimbangan masyarakat, khususnya di Sarawak.


Beliau berkata, ketika ini jemaah Safar Al Ghazali Travel yang juga ahli SUHA berada di Arab Saudi dalam keadaan selamat dan ibadah mereka berjalan seperti biasa.


“Beberapa agensi ahli SUHA juga dijadualkan berlepas ke Makkah dalam masa terdekat mengikut perancangan yang telah ditetapkan.


“Sekiranya terdapat sebarang perubahan jadual, agensi terlibat akan berhubung secara langsung dengan bakal jemaah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurutnya, SUHA sentiasa memantau perkembangan semasa dan berhubung dengan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan jemaah sentiasa terpelihara.


Beliau turut menasihatkan orang ramai dan ahli keluarga jemaah supaya mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi sahaja serta tidak mempercayai khabar angin yang tidak disahkan.


“Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan memudahkan para duyufurrahman yang sedang dan bakal menunaikan ibadah umrah serta haji di Tanah Suci,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU