ARTIKEL

Perkeso Sarawak giat laksana program pemutihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sarawak giat menjalankan beberapa aktiviti hebahan mengenai program pemutihan sebelum perlaksanaan Ops Kesan pada bulan Julai kelak.

Perkeso Sarawak dalam kenyataan berkata, program yang bermula sejak 1 Mei hingga 30 Jun ini adalah untuk memberi peringatan dan peluang kepada majikan yang masih belum hadir mendaftar secara sukarela di pejabat yang berdekatan.

Sesi temu bual turut diadakan.

“OPS Kesan bertujuan untuk memastikan semua majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja (tanpa mengira jumlah gaji) mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka seperti peruntukan Seksyen 4 dan 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), serta Seksyen 14 dan 16 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800),” katanya.

Menurut Perkeso Sarawak, Ops Kesan akan dilaksanakan pada bulan Julai depan bagi memastikan pekerja di negeri ini mendapat perlindungan keselamatan sosial.

Dalam pada itu, katanya kegagalan majikan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan jumlah kompaun sebanyak RM5,000 mengikut kesalahan yang dilakukan.

“Selain itu, majikan juga akan dikenakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) pada kadar enam peratus setahun untuk setiap hari caruman lewat dibayar, ekoran kegagalan mendaftar dan membayar caruman Perkeso.”

“Sekiranya majikan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000.00 atau penjara sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Semua majikan yang layak adalah digesa untuk mengambil peluang mendaftar dalam tempoh Bulan Pemutihan ini menerusi dalam talian melalui Portal ASSIST atau hadir ke mana-mana 10 pejabat PERKESO di seluruh Sarawak, ataupun hubungi Careline PERKESO di 1-300-22-8000

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu