ARTIKEL

Abang Johari bersama-sama tetamu kehormat lain merakamkan gambar dengan penjawat awam yang hadir sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2025 di BCCK hari ini. - Foto Ramidi Subari

Perkhidmatan awam Sarawak cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurniaan pingat The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Rays oleh Kerajaan Jepun kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disifatkannya sebagai pengiktirafan bukan hanya untuk dirinya tetapi mencerminkan dedikasi, profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan awam Sarawak.

Beliau berkata, disebabkan perkhidmatan awam yang berdisiplin, inovatif dan berpandangan jauh, Sarawak dapat melangkah yakin dalam inisiatif serantau dan global yang bercita-cita tinggi, memperkukuh pendigitalan, memupuk kolaborasi dan menterjemahkan peluang kepada manfaat nyata untuk rakyat.

Selain itu, katanya Sarawak semakin kerap dijemput berkongsi perspektif di platform global utama, berinteraksi secara langsung dengan pemimpin antarabangsa dan pakar industri.

“Kehadiran yang semakin meningkat ini menonjolkan keyakinan global terhadap kepimpinan Sarawak, khususnya dalam tenaga boleh diperbaharui, kelestarian, pembangunan ekonomi dan kerjasama serantau.

“Penyertaan kita dalam perbualan ini membuktikan bahawa Sarawak bukan sekadar pemerhati tetapi penyumbang penting yang membantu membentuk penyelesaian bersama untuk masa hadapan.

“Kejayaan rancangan kita bergantung kepada anda semua (penjawat awam). Dasar dan peruntukan mungkin menentukan haluan tetapi kepimpinanlah yang memberikan maknanya,” katanya ketika berucap sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Terdahulu, Abang Johari berkata, Sarawak terus komited terhadap pembangunan mampan dan berdaya tahan iklim, dengan mengintegrasikan kelestarian dalam setiap aspek perancangan ekonomi dan pembangunan infrastruktur bagi mengurangkan pelepasan karbon, memperkukuh penjagaan alam sekitar dan meningkatkan daya tahan jangka panjang.

Katanya, antara aspirasi utama ialah menjadikan Sarawak sebagai Bateri ASEAN, peneraju serantau dalam tenaga boleh diperbaharui.

“Dengan memanfaatkan lokasi strategik kita di Borneo, sumber semula jadi yang melimpah, kapasiti tenaga boleh diperbaharui dan kepakaran teknologi, kita sedang memposisikan Sarawak sebagai pemain global yang memacu inovasi, menarik pelaburan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta menyumbang kepada ekonomi yang mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Abang Johari menambah, Sarawak juga bercita-cita untuk menjadi kuasa serantau dalam peralihan tenaga, teknologi baharu, pemuliharaan biodiversiti serta ekonomi hidrogen global, sambil memastikan pertumbuhan yang inklusif dan memberi manfaat kepada setiap rakyat Sarawak.

Justeru, katanya untuk merealisasikan visi itu memerlukan perancangan berdisiplin, tadbir urus yang kukuh dan penyelarasan yang lancar, iaitu tanggungjawab yang dipikul oleh perkhidmatan awam Sarawak yang berdedikasi.

Sementara itu, Abang Johari menjangkakan menjelang 2030, setiap sektor ekonomi Sarawak daripada pertanian dan industri hingga perkhidmatan dan tadbir urus akan didigitalisasikan, menjadikan inovasi dan teknologi sebagai sebahagian penting dalam cara kerajaan berkhidmat kepada rakyat.

Katanya ketika ini, 59.4 peratus perkhidmatan kerajaan sudah tersedia secara dalam talian, menandakan kemajuan berterusan ke arah sektor awam yang sepenuhnya digital.

“Matlamat kita ialah membina sebuah kerajaan yang inklusif, cekap dan berpusatkan rakyat, dengan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan ketelusan, memperkukuh akauntabiliti dan memastikan akses yang sama rata kepada peluang bagi setiap rakyat Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad