ARTIKEL

Perkhidmatan Bank Rakyat bergerak kawasan pedalaman Sarawak bakal dilancarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintulu bakal menjadi daerah pertama perkhidmatan Bank Rakyat bergerak bagi kawasan pedalaman di Sarawak, dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Wilayah Bank Rakyat Sarawak Abdul Azis Rosli berkata, projek tersebut telah berjalan dengan lancar sementara menunggu majlis pelancarannya diadakan.

“Projek ini telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu keputusan dari Ketua Menteri untuk melancarkannya dalam masa terdekat ini.

“Selain di Bintulu, kita juga akan memberikan perkhidmatan yang sama ke kawasan pedalaman yang lain mengikut masa tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program pengagihan bubur lambuk yang dikendalikan oleh Bank Rakyat bersama Era Sarawak di Masjid Bahagian Kuching, disini hari ini.

Menurutnya, pihak bank juga telah menubuhkan cawangan mini Bank Rakyat di Sebuyau pada tahun ini, sesuai keperluan penduduk yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

“Setakat ini, kita mempunyai sebanyak 14 cawangan Bank Rakyat di seluruh Sarawak diikuti satu pusat auto dan juga cawangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Kami juga dalam proses membesarkan cawangan bank yang terletak di Serian yang turut dilancarkan dalam masa yang terdekat ini,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pengagihan bubur lambuk yang diadakan, Abdul Azis berkata ia merupakan inisiatif pihaknya bersama Era Sarawak untuk membantu komuniti yang memerlukan di musim pandemik ini.

“Lebih 2,000 pek bubur lambuk yang telah kami edarkan dalam tempoh dua hari ini kepada masyarakat.

“Program ini akan diteruskan lagi di masjid Gita pada keesokannya,” katanya lagi.

Hadir sama, beberapa kakitangan Bank Rakyat dan Era Sarawak dalam program berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha