ARTIKEL

Perkhidmatan Doktor Udara di Samarahan, Belaga, Bintulu dan Miri mulai esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) yang bermula esok sehingga 25 Januari depan, dijadual berada di empat bahagian iaitu Samarahan, Belaga, Bintulu dan Miri.

Dalam kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), lawatan ke Bahagian Samarahan pada sebelah pagi 17 Januari berlangsung di Plaie Atas.

Sementara 18 Januari di Pendawan (pagi) dan Kampung Ijok (petang). Lawatan ke Bahagian Belaga pula akan berlangsung selama tiga hari, iaitu 22 sehingga 24 Januari melibatkan enam rumah panjang.

Pada Isnin depan, PDU berada di Rumah Panjang Drick, Jelalong (pagi) dan Rumah Panjang Felix, Tubau (petang).

Untuk Selasa, PDU berada di Rumah Panjang Robert, Ulu Kakus (pagi) dan Long Biyak, Ulu Kakus (petang).

Mengakhiri lawatan di Bahagian Belaga pada Rabu, PDU berada di Rumah Panjang Renang, Sigu (pagi) dan Rumah Panjang Jaling, Sigu (petang).

Lawatan ke Bahagian Bintulu yang juga bermula esok akan singgah ke Long Unai (pagi), kemudian Khamis berada di Sang Anau (pagi) dan Batu Keling (petang).

Sementara pada Jumaat, PDU akan berada di Long Jawe pada sebelah pagi dan Long Kebuho pada sebelah petang.

PDU minggu berikutnya iaitu 22 Januari diteruskan ke Long Tanyit (pagi), Punan Busang (pagi 23 Januari), Lusong Laku (pagi 24 Januari) dan pada 25 Januari berada di Long Kajang (pagi) serta Long Abit (petang).

Di Bahagian Miri pula, bermula 17 Januari PDU berada di Long Tebangan (pagi). Kemudian pada pagi 18 Januari, di Ba’Abang dan pagi 19 Januari, di Apau Nyaring.

Sehubungan itu, JKNS menyeru agar masyarakat di kawasan terlibat menunggu di kediaman atau rumah panjang masing-masing bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkaitan lawatan PDU, sila hubungi Ketua Penolong Pegawai Perubatan, Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga JKNS Junaidi Othman di talian 013-841 6735 atau 082-473 200 (samb.296).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha