LONDON: Perjalanan beberapa buah kereta api telah ditangguhkan di Britain apabila seekor anjing kecil didapati berkeliaran di landasan kereta api antara dua stesen London, menurut pengendali kereta api di Twitter.
Southeastern Railway berkata, perkhidmatan sekitar terganggu petang Ahad lalu apabila anjing itu dikesan di landasan antara Eltham dan Kidbrooke, lapor UPI.
Beberapa jadual perjalanan kereta api terpaksa ditangguhkan dan kakitangan Network Rail telah dipanggil untuk membantu menangkap anjing itu, yang melarikan diri di bawah gerabak kereta api yang berhenti.
Pegawai kereta api menulis di Twitter mengatakan bahawa pelanggan kereta api yang mengalami kelewatan selama lebih daripada 15 minit akan dibayar balik kos tambang mereka.
Menurut Southeastern, anjing itu selamat dan sihat dan akan diserahkan semula dengan pemiliknya.




