ARTIKEL

Perkhidmatan Klinik Pakar Bidang Perubatan Am, Hospital Sarikei ditangguhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Hanya perkhidmatan Klinik Pakar Bidang Perubatan Am, Hospital Sarikei sahaja yang ditangguhkan untuk sementera waktu ini.
Manakala perkhidmatan Klinik Pakar bidang-bidang yang lain masih beroperasi seperti biasa.
Demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Hospital Sarikei hari ini ekoran wujud kekeliruan mengenai pengumuman penutupan Klinik Perubatan Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei yang disiarkan di akhbar dan media sosial baru-baru ini.
“Bagi temu janji pesakit yang terjejas susulan daripada pengumuman ini, pihak pengurusan Klinik Pakar akan menghubungi pesakit yang terlibat bagi proses penjadualan semula temu janji dan bekalan ubat,” jelas kenyataan itu.
Sehubungan itu, pihak Pengurusan Hospital Sarikei memohon maaf atas kekeliruan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali.
Sekiranya orang awam mempunyai kemusykilan dan pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi Hospital Sarikei di 084-653333 sambungan 1080 atau melalui Whatsapp di talian 019-9279281.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu