ARTIKEL

FB: Rapid KL

Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen mulai hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan van perantara percuma (T851) dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan mulai hari ini hingga 14 Dis ini bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta ketika persidangan berlangsung.

Menurut Rapid KL di laman Facebooknya semalam, perkhidmatan itu disediakan untuk pengguna yang mempunyai urusan rasmi di Parlimen.

“Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini jika ingin ke Taman Botani Perdana,” demikian menurut poster yang dikongsi Rapid KL.

Rapid KL juga memaklumkan kekerapan perkhidmatan itu adalah setiap 30 minit bagi waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 8 malam manakala kekerapan setiap 60 minit ketika waktu bukan puncak iaitu 11 pagi hingga 4 petang.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 akan membuka tirai hari ini hingga 30 Nov dan Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung dari 27 Nov hingga 14 Dis.

Pada Februari lepas, perkhidmatan bas pengantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan untuk semua termasuk Ahli Parlimen, pegawai bertugas dan pengamal media bagi mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta serta kesesakan lalu lintas. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha