ARTIKEL

Allan Siden ketika membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini. Foto: GHAZALI BUJANG

Perkukuh keupayaan Sarawak urus sektor padi, beras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bukan bertujuan menggantikan undang-undang Persekutuan, sebaliknya melengkapi bagi memperkukuh keupayaan Sarawak mengurus sektor padi dan beras mengikut bidang kuasa negeri.

ADUN Machan Allan Siden Gramong berkata, fokus RUU itu adalah berkaitan perkara di bawah tanggungjawab dan kuasa negeri.

“Ini termasuk perancangan pengeluaran, pelesenan tempatan, pengurusan pengedaran, stok penimbal, pembangunan pesawah, sistem pemantauan serta hal berkaitan tanah.

“Pendekatan ini akan memperkukuh keupayaan pentadbiran Sarawak sambil kekal dalam kerangka Persekutuan yang lebih luas.

“Ia mencerminkan usaha Sarawak untuk memikul tanggungjawab lebih besar dalam mengurus sektor yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat,” katanya ketika membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun undang-undang Persekutuan mengawal selia perkara berkaitan import dan bekalan beras negara, ia tidak sepenuhnya memberikan fleksibiliti kepada Sarawak untuk melaksanakan peluasan pengeluaran yang diterajui oleh kerajaan negeri serta perancangan daya tahan makanan jangka panjang.

“RUU ini membolehkan Sarawak mengambil langkah lebih proaktif bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan, memperkukuh stok penimbal strategik dan menstabilkan bekalan ketika berlaku kecemasan atau gangguan pasaran.

“Ini bukan soal menggantikan undang-undang Persekutuan, sebaliknya melengkapi kerangka sedia ada sambil memberikan Sarawak instrumen yang diperlukan untuk melindungi kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat melalui pengukuhan keselamatan makanan serta tahap sara diri,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Sarawak perlu memperkukuh keselamatan makanan sendiri serta meningkatkan keupayaan mengurus bekalan beras dengan lebih berkesan, khususnya mengambil kira keadaan geografi dan demografi negeri ini yang unik.

Mengulas lanjut, katanya, RUU ini amat penting kepada pesawah kecil di Sarawak, termasuk mereka yang mengusahakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional yang diwarisi turun-temurun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha