ARTIKEL

Perkukuhkan konsep sekolah penyayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Program Ziarah Cakna diadakan untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti diamalkan di negara Jepun. Pengarah Pendidikan Negeri Dr Azhar Ahmad berkata, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.

“Program ini juga merupakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia supaya warga sekolah dapat memperkukuhkan nilai murni melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan Tahun 2020, di SK Agama Ibnu Khaldun, di sini semalam.

Menurut Dr Azhar, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, guru dan ibu bapa menyambut baik program berkenaan. Kebanyakan sekolah melaksanakan program itu yang fokus terhadap isu permasalahan disiplin murid seperti ponteng sekolah serta isu-isu pembelajaran, jelasnya.

“Program ini masih perlu dilaksanakan di sekolah agar matlamat sebenar ziarah cakna dapat difahami oleh pengetua, guru besar, guru dan ibu bapa serta memberi kesan positif dalam menangani mutual distrust di samping menangani isu murid semasa,” ujarnya.

Di Sarawak, sejumlah 6,675 murid telah dilawati yang melibatkan 12,074 guru. “Ziarah Cakna Khas untuk Murid Cicir Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Kita mengenal pasti sejumlah 1,015 murid memerlukan intervensi,” katanya.

Beliau berharap program itu dapat memperkukuhkan Konsep Sekolah Penyayang untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa atau penjaga dan masyarakat setempat.

Terdahulu, Majlis Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan dilaksanakan serentak di semua negeri dalam Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Manakala bagi negeri dalam Kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu) dilaksanakan pada 9 Januari lalu.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Adzman Talib; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Faridah Yang Razali; Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Dasar dan Perancangan Pembangunan Keguruan, Bahagian Profesionalisme Guru Dr. Rosli Yacob; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Mortadza Sat; Pegawai Pendidikan Daerah dan PPD Samarahan Sapawi Mahdi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha