ARTIKEL

Abang Selihin (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama warga JBALB Sarawak sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat JBALB Sarawak 2026 di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, semalam. Foto: RAMIDI SUBARI

Perluas bekalan air luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak menyasarkan peningkatan liputan bekalan air antara dua hingga enam peratus setiap tahun sebagai usaha memperluas akses bekalan air kepada komuniti luar bandar.

Pengarahnya, Ahmad Selihin Che Said berkata Sarawak juga mencapai 71 peratus liputan bekalan air bagi kawasan luar bandar setakat ini.

Katanya, sasaran peningkatan tersebut perlu dilihat dari tahun ke tahun kerana ia turut dipengaruhi pertambahan bilangan penduduk serta perkembangan komuniti di sesuatu kawasan.

“Sekiranya jumlah penduduk kekal statik, pencapaian sasaran berkenaan mungkin lebih mudah dicapai. Namun realitinya keadaan adalah dinamik memandangkan bilangan penduduk semakin bertambah.

“Kalau ikut sasaran, setiap tahun kita berharap ada peningkatan sekitar dua hingga enam peratus. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada jumlah dan perkembangan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Buku Data Panduan JBALB Sarawak ‘Kitak Tauk Sik?’ edisi pertama sempena sambutan Hari Air Sedunia Peringkat JBALB Sarawak 2026 di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, semalam.

Abang Selihin ketika sidang media. Foto: RAMIDI SUBARI

Mengulas lanjut, tambahnya, dalam usaha tersebut antara perkara yang turut diambil kira adalah perkembangan komuniti setempat memandangkan terdapat kawasan yang tidak menunjukkan pertumbuhan ketara.

“Sebagai contoh, terdapat juga komuniti yang tidak menunjukkan perkembangan, namun jumlah ahli keluarga dalam sesebuah rumah boleh meningkat dari semasa ke semasa. Mungkin ada yang berkahwin dan masih tinggal di rumah yang sama, jumlah penduduk meningkat tapi masih dikira sebagai satu isi rumah.

“Jadi, bekalan air kita disalurkan berdasarkan unit isi rumah dan bukannya jumlah individu yang mendiami sesebuah kediaman,” ujarnya sekali gus menyatakan liputan air di seluruh Sarawak ketika ini sudah mencapai 85.4 peratus.

Sementara itu, mengulas projek pembaikan paip JBALB, beliau memberitahu ia melibatkan peruntukan sebanyak RM558 juta merangkumi 216 projek di seluruh Sarawak bagi tempoh pelaksanaan dari 2024 hingga 2027.

Menurutnya, bagi tahun ini, mereka juga menyasarkan untuk mencapai sejumlah projek yang ditetapkan mengikut perancangan.

Untuk rekod, berdasarkan data terkini hingga Februari 2026, jumlah keseluruhan projek bekalan JBALB adalah sebanyak 1,209 projek di seluruh Sarawak sekali gus dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Abang Selihin (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat JBALB Sarawak 2026. Foto: RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU