ARTIKEL

Perlukan masa laksanakan projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Setiap projek yang dijanjikan bukan seperti mi segera, malah tidak dapat disiapkan segera kerana perlu melalui beberapa prosedur sebelum boleh dilaksanakan. Namun demikian kata Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee, Kerajaan GPS sentiasa menunaikan setiap janjinya.

“Saya telah mengumumkan bahawa tender projek pemasangan lampu isyarat yang menelan kos RM1.2 juta di bulatan Jalan Ulu Sungai Merah and Jalan Ling Kai Cheng dijangka dikeluarkan pada September ini.

“Projek tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, projek berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara selepas Jabatan Ukur dan Survei (JTS) mengumumkan untuk menaik taraf Jalan Ulu Sungai Merah kepada jalan dua hala.

Beliau membidas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak yang juga Adun Pelawan Kee Woan yang mengatakan GPS gagal menunaikan janjinya kepada rakyat.

Adun Nangka itu berkata, kenyataan Wong yang mendakwa bulatan tersebut terletak di kawasan Dun Nangka juga tidak adil kepadanya.

Tegasnya, bulatan tersebut terletak di tengah-tengah sempadan Dun Nangka dan Dun Pelawan.

Tambahan pula, kedua-dua Dun tersebut terletak di bawah kawasan Parlimen Sibu yang diwakili Oscar Ling, juga dari DAP.

“Sepatutnya Wong datang menemui saya dan bekerjasama mencari dana untuk mendirikan lampu isyarat di bulatan tersebut,” katanya.

Jelasnya, Wong sepatutnya merujuk perkara itu kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada terus membawanya untuk pengetahuan media.

Baru-baru ini, Wong dalam kenyataannya yang sebuah portal berita meminta GPS memenuhi janji memasang lampu isyarat di bulatan Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Ling Kai Cheng bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Rogayah Jemain dan Pemangku Setiausaha MPS Jong Thian Puk.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha